Pada 31 Oktober 2015 yang lalu, dunia sekali lagi digemparkan dengan berita kapal terbang terhempas. Kali ini pesawat malang tersebut merupakan pesawat milik Rusia iaitu Rusia Rosaviatsiya yang berlepas dari Mesir. Pesawat malang berkenaan hanya sempat terbang selama 23 minit sebelum hilang dari radar dan terputus hubungan radio dengan pusat kawalan trafik udara Cyprus dari Lapangan Terbang Sharm el-Sheikh pada jam 6.51 pagi waktu Moscow. Penerbangan 9268 dijangka tiba di Lapangan Terbang St Petersburg Pulkovo pada jam 12.10 tengah hari namun tidak dapat berbuat demikian kerana terhempas hanya 23 minit selepas memulakan perjalanan.
Pesawat tersebut telah terhempas di pusat bandar Sinai dan membabitkan 224 penumpang dan anak kapa. Indisen tersebut telah disahkan oleh pejabat Perdana Menteri Mesir dan pejabat berkenaan juga mengesahkan bahawa bangkai pesawat tersebut telah ditemui di kawasan pergunungan di Sinai. Kebanyakan penumpang pesawat yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Rusia , Kogalymavia merupakan pelancong warganegara Rusia yang bercuti di pusat peranginan Sharm el-Sheikh. Laporan juga menunjukkan bahawa 217 orang penumpang dan tujuh anak kapal telah meninggal dunia di tempat kejadian.
Punca sebenar pesawat Airbus A-321 milik Rusia ini terhempas masih lagi belum diketahui dan kerajaan Rusia juga menolak kemungkinan bahawa pesawat berkenaan telah ditembak jatuh oleh kumpulan pengganas IS. Hal ini kerana, kumpulan pengganas IS telah mengaku bahawa mereka telah menembak jatuh pesawat berkenaan sebagai protes kerana keajaan Rusia telah menyerang mereka. Namun begitu, pengarah perisikan nasional US, James Clapper berkata dia yakin tiada bukti jelas yang menunjukkan pengganas adalah punca kepada kemalangan pesawat Rusia di semenanjung Sinai, Mesir. Beliau berpendapat bahawa kemalangan yang melibatkan penerbangan 9268 itu tidak mungkin berpunca daripada serangan kumpulan IS. Bukti yang menunjukkan kemalangan itu melibatkan kumpulan pengganas berkenaan juga tiada dan punca sebenar nahas tersebut hanya boleh diketahui selepas kotak hitam dianalisis oleh pakar.
Disamping itu juga, Syarikat Penerbangan Emirates telah memberhentikan penerbangan kesemenanjung Senai atas faktor keselamatan dan menurut jurucakap syarikat Emirates, mereka sedang memantau keadaan di semenanjung Sinai sebelum meneruskan operasi dikawasan berkenaan selepas sebuah pesawat milik Rusia terhempas dan meragut nyawa 224 orang penumpang serta anak kapal. Emirates juga menegaskan bahawa penerbangan mereka akan mengelak untuk terbang ke semenanjung Sinai sehingga maklumat lanjut diketahui. Selain Emirates, syarikat penerbangan Air France dan Lufthansa juga mengambil langkah yang sama dengan memberhentikan penerbangan kekawasan semenanjung Senai sebagai langkah berjaga-jaga. Punca sebenar pesawat malang yang membawa 217 orang penumpang warga Rusia , tiga orang penumpang warga Ukraine dan tujuh orang kru masih belum diketahui dan masih dalam proses siasatan.
No comments:
Post a Comment