Wednesday, 4 November 2015

MISTERI LPT2

Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 merupakan lebuhraya yang panjangnya meliputi 185 km dan bermula dari Jabur dan berakhir di Gemuruh, di bahagian utara Kuala Terengganu. Lebuhraya ini merupakan lebuhraya bertaraf tinggi denagn empat  lorong dua hala, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti 10 persimpangan bertingkat, kawasan rehat dan rawat, hentian sebelah, lampu jalan, dan plaza tol denagn berasaskan kriteria reka bentuk dan pemilihan laluan. 

Namun begitu, sejak mula beroperasi pada Ogos 2011 hingga Oktober 2015 sebanyak 1989 kes kemalanagn telah direkodkan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 atau LPT2 dengan 85 kes kematian. Sejak LPT2 dibuka sudah terlalu banyak kes kemalangan yang telah meragut nyawa pengguna lebuhraya berkenaan. Pelbagai teori dibuat oleh pengguna lebuhraya tersebut dan hal ini merupakan misteri yang perlu dirungkai.







Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengatakan bahawa faktor manusia adalah punca utama yang menyumbang berlakunya kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 2. Menurut ketua pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Ir Ismail Md Saleh faktor manusia seperti memandu dalam keadaan mengantuk, memandu melebihi had laju terutama pada waktu hujan, cuai serta gagal mematuhi arahan keselamatan adalah punca utama berlakunya kemalangan di LPT 2. Daripada 339 kes yang berlaku antara 1 Februari 2015 sehingga 2 Jun 2015, 70 peratus atau 238 kes kemalangan adalah berpunca daripada faktor manusia.  Hanya 30 peratus pengguna LPT 2 yang didapati mematuhi had kelajuan yang ditetapkan iaitu 110 km sejam. Sebanyak 50 peratus pengguna memandu lebih daripada 140 km perjam ketika menggunakan lebuhraya berkenaan.  


Menurut LLM, permukaan LPT 2 berada dalam keadaan yang baik secara amnya, namun terdapat beberapa kawasan yang berlaku pemendapan terutama berdekatan struktur jambatan dan permukaan lebuhraya yang beralun di beberapa lokasi. Namun begitu, sebahagian lokasi yang berlaku mendapan dan beralun  telah dibaiki dan proses pembaikan secara keseluruhan akan dilakukan secara berkala. LLM dan JKR juga telah mengenal pasti lokasi selekoh berbahaya dan akan menambah baik permukaan berturap serta mengadakan langkah intervensi yang bersesuaian dengan kerjasama pihak polis, JPJ dan SPAD. Sebanayak 28 lokasi sepanjang jajaran LPT 2 dari Gemuruh ke Kijal telah dikenal pasti sebagagai jalan yang tidak sekata dan beralun serta berbahaya kepada pengguna.

Kerajaan Terengganu juga akan mengambil langkah segera bagi mengelakkan kes kemalangan maut terus berlaku di LPT 2. Anatara inisiatif yang akan dilaksanakan adalah meletakkan pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) disepanjang laluan yang dikenal pasti sebagai kawasan yang berisiko tinggi berlakunya kemalangan. Seterusnya, memperbanyakkan papan tanda amaran dan meminta LLM mengenalpasti kawasan kemalangan maut serta mencadangkan pihak polis memasang perangkap had laju di sepanjang LPT 2.


No comments:

Post a Comment